Monday, February 11, 2013

Arnab-arnabku di Malaysia..


alkisah tentang arnab aku kat kampung..:) dulu masa zaman-zaman sekolah menengah , aku selalu la bela arnab.. beranak pinak jugak la... tp bila aku menyambung pengajian selepas tamat spm, habis mati arnab-arnab aku..bukan takde orang jaga, tapi tak tahu la ape sebabnya.mungkin tak cukup kasih sayang kot.hehe.. sepanjang aku takde kat umah,selalu la adik -adik aku beli arnab ,tapi tak pernah beranak..last-last berakhir dgn kematian.. pastu beli pulak,tp mcm tu jugak kesudahannya.. akhirnya.. hujung tahun lepas ,adik aku beli lagi 2sepasang...tapi tak lama pastu ,yang jantan keduanya mati... tinggal la janda 2ekor.. dan sekor lagi arnab muda ( betina jugak)..

dan awal bulan puasa tahun lepas ,aku pon balik malaysia.. bila balik aku pon cuba la kawinkan yang betina 2 ekor tu.. yang jantan,pinjam ngan jiran sebelah... dan hasilnya,alhamdulillah... kalau tak silap, 16 ekor kesemuanya bilangan anak yang dilahirkan..arnab betina muda sekor lagi pon beranak  jugak... ... 

size babies time last day aku kat rumah




dan dibawah ini pulak, gambar-gambar latest yang sempat dikirimkan oleh adik aku... :) dah besar da pon ...tak cam dah aku,sebab dah besar dan banyak sangat...  ni pon dah tinggal 2/3 daripada jumlah asal.. 1/3 lagi mati kesejukan time musim tengkujuh baru-baru ni.

















induk

semoga semuanya membesar dengan sihat dan gemuk... dah berkira-kira kalau aku jadi balik hujung tahun ni, kenduri satey arnab la jawabnya..hehe~


Sunday, February 10, 2013

Sekawan merpati~



Ayam-AYAM...

Lama sungguh tak update blog ni... huu~ banyak benda yang nk kongsi dalam 5, 6 bulan ni... tapi tak sempat,nak buat macamne kan...hehe..:)
mula-mula nak cerita pasal ayam ni... alhamdulillah dari sepasang induk dulu ,dah bertambah menjadi 7 ekor semuanya.. dan dapat berita induk dah start betelur lg.. insyaallah,balik tahun depan boleh buat satey..kikiki~


induk

anak sulong dah mula betelur...


 second daughter

third son..tetas 2,mati seekor..

Sekian untuk cerita ayam~ :)

Friday, March 30, 2012

Puyuh


Post ni pulak ingin cerita pasal Penghuni baru dan sementara Zoo Bawabat..hehe~
Haritu pergi pasar burung,nampak la arab dok jual puyuh ni..mula2 ingat nak beli untuk disembelih buat makan... xsempat nak sembelih, bertelur la pulak puyuh ni... haha.

mcm best lak makan telur puyuh,walaupun kandungan kolestrol ia lebih tinggi drp telur ayam biasa...hehe.. jadi, xjadi lg la nak sembelih mereka..panjg lagi umur ko wahai puyuh-puyuh sekalian..haha

nanti dah boring makan telur nanti tamatlah riwayat mereka2 ini...:p
ada 6ekor semuanya..


tp yang tak tahannya,kuat betol depa ni makan.. nasib baik pengeluaran telur konsistan, kalau tak,jadi lauk la engkau2 sekalian..:p

sekian~

Tumbuh-tumbuhan

Post ni aku nak berkongsi tentang tanaman aku kat Mesir ni..
sapa cakap pokok tak hidup kat sini..? hehe.. jangan ingat pokok kaktus je hidup kat bumi padang pasir ni :p ..haha..gurau je..

Alkisahnya, masa balik beraya thun lepas, ada la nenek aku bagi cili api atau nama lain dia cili burung masa nak dtg sni balik haritu... memandangkan kat sini xde jual cili jenis ni, aku pon try la semai benih dia...
alhmdulillah sesuai jugak pokok cili ni dgn iklim kat sini.. dahla tanam dlm rumah je..hehe


1 bulan...


2 bulan..







pokok serai pon ada.. baru je tanam.. hehe

Harap-harap pokok serai ni hidup dengan subur.. balik raya thun ni xperlu da la bawak bekalan serai untuk masak...hehe

sekian~

New Babies

Lama tak update blog.. asyik xsempat je.. banyak benda yang nak dikongsikan kat sini sebenarnya...hee~

babies budgies pon da menetas da.. alhmdulillah banyak ekor menetas kali ni, tp xtahu la berapa ekor yang dapat survive sampai keluar nestbox... smoga semua membesar dgn sihat, insyaALLAH...

Jom layan ~




Cute kan time babies ni merah2 lagi..hehe.. insyaALLAH perkmbgn mereka akan di update dari masa ke semasa..

sekian~

Friday, February 24, 2012

Update Anak Budgie

Assalamualaikum... lama dah tak update blog ni... :) alhmdulillah baby budgie pon dah besar... daripada 5biji telur,smua menetas tapi 2 ekor je survive...sekor mati sehari lepas lahir, 2 ekor lagi mati sebab patah kaki..mgkn sebab kena pijak.. sayang betul,dah tumbuh bulu dah..tp,nak wt macam mne takde rezki...:)

ni photo mereka...:)




Sekarang mak mereka tengah mengeram lagi..hehe. kali ni 6 biji telur pulak. rancak betol pasangan bahagia ni..hee~ semoga semua survive kali ni...insyaALLAH....

Sekian... wslm~

Saturday, January 14, 2012

Budgieku Bertelur Lagi~

Kali ni tak nak tulis banyak... nak tunjuk gambar je..hehe












Sekian~

Wednesday, January 4, 2012

New alternative to Shoutmix!!

Off-topic sikit..hehe

Hari ni aku nk kongsi satu berita, iaitu ada alternatif baru untuk sembang2 @ chat kt blog ni..

Tapi nama dier cam kurang best sikt kot iaitu SHOUT BUSUK~

ni aku copy paste dari website shout.busuk.org

Apakah ciri-ciri yang ada pada shoutbox busuk?
Antara ciri-ciri yang kami sediakan pada shoutbox kami ialah :

1. Real-time chat - Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru

2. Custom smilies - Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.

3. Customizable - Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda.

4. Word filter - Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.

5. Ban system - Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda.

6. Online user counter - Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda.

7. FREE! - Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!


screenshot~ baru try, xde komen lg

So, cmne nk guna shoutbox ni?

1. daftar kt sini.
2. customize bg cantik2.
3. copy code.
4. paste la code tu kt blog widget.

Selamat mencuba~

^_^

Monday, December 19, 2011

Penghuni Baru Zoo Bawabat-UROMASTYX

Update untuk hari ni..hehe.. bagi sesiapa yang tak pernah tengok dhob , cam ni ler ghupenye binatang dhob...:) atau nama saintifiknya : UROMASTYX.. ni anak lagi... kalau yang besar saiznye same besar ngan biawak liar..huhu

dhob ada pelbagai jenis... ikut tempat.. kalau kat mesir, ni la antara jenis yang ada.. sekor yang biasa(warna kelabu kekuningan) dan sekor lagi yang bercorak... kalau yang bercorak ni amat susah untuk dijumpai.. dalam seratus ekor yang ditangkap hanya sekor atau dua ekor je yang bercorak..

dhob makan sayur sahaja... ianya adalah haiwan herbivor sepenuhnya... sebab tu dhob boleh dimakan... dan satu lagi fakta menarik,dhob tidak minum air. ia hanya bergantung kepada air dalam tumbuhan sahaja.. sebab tu ia boleh survive kat padang pasir..:)

dhob ni tak mengigit walaupun giginya amat tajam..huhu

tgh berjemur.. bila panas kaler badannya akan bertukar kekuningan..

nyenyak tido kat situ...bajet duduk bawah batu je... :p

sekian... tq for reading~

Saturday, December 17, 2011

UPDATE BUDGIES

Update sikit pasal budgie-budgie ku... hehe... alhamdulillah, semua budgie-budgie yang ade telah disatukan dalam sangkar yang lebih besar sikit. punya la susah nak jumpa jaring kat Mesir ni.. dah dekat setahun cari,akhirnya jumpa jugak.. kesian kat diorang duduk dalam sarang yang kecik sebelum ni... nak kepak sayap pon tak muat... huhu








ni la 'adik'... burung yang ak citer ak tetaskan dgn inkubator dan handfed sendiri tu... istemewa sikit dia ni... hanya dia je dibenarkan bersiar-siar kat luar..kikiki

sedang menikmati sayuran 'khos' (sawi je sbnrnya)

sekian..tq for reading..hee~

Thursday, November 24, 2011

-aYaM sERamA-

Ayam serama milikku..hehe.. time blk beraya haritu sempat beli sepasang... alhmdulillah tengah mengeram sekarang... harap2 ada la rezki nak anak ayam.....:)







-comel betol spesies ayam ni... kecik dan cute... huhu..

sekian_

Monday, November 21, 2011

HANDFED BUDGIE~

Ni cerita yg dah agak lame... tp sekarang bru ade masa nk update blog..

alkisah cmni ceritanya... ade spsg budgie aku yg bertelur 7 biji.. alhmdulillah 5 daripadanya berjaya menetas hasil eraman si ibu.. dan 2biji lagi telur di tiggalkan..mungkin sebab byk sgt kot..:P

dipendekkn cerita kawan ak dan aku pon ambil telur ni sbgai telur angkat (btol ke 'telur angkat'??).. xkn anak angkat pulak kot..hehe.. saje je nk try nasib.. mane la tahu ade benih..

lepas tu kitaorg try la buat inkubator sendiri...haha... guna mentol ngn bekas plastik je..:p

- ini lah inkubat0r rekaan sendiri..hehe~


-ini telur2 tu ...2biji..




-tanpa disangka2 ,xsampai setengah hari telur tu diletakkn dlm 'inkubator' tu... tiba2
tgh ak dok baring2 tdgr bunyi chirping anak burung... terkejut giler rase...:) first time
tgok anak burung tetas secara live... kalau anak ayam tu memang dah biasa...hehe
gambar kat atas ni gambar 'baby' kitaorg yg pertama :p



-3hari kemudian,telur kedua akhirnya menetas jugak...


-dah besar ckit..seminggu kot time ni..penat betol time ni.
2jam sekali bagi makan.. tidur pon kejap2 je..huhu

- yg sebelah kiri ni,anak yg diabaikn si ibu... jumpa2 dah kebulur dah dalam
nestbox.. nasib baik xmati ... terpaksa la di'angkat' jugak...:)
-tp yang sedihnya baby dari telur kedua tu survive selama seminggu je..:(



- umur 3minggu( anak dari telur partama)


-makanan penuh dalam tembolok... baru lepas dinner ni..hehe



-dah besar dah cikit


- sekarang kedua2 dah pandai terbang dah... jinak sangat2.. tp xbunyi mcm burung sgt.. hehe.. mungkin sbb xpenah jumpa burung2 lain kot..

nanti ada masa aku upload gambar diorang yang terbaru...:) sekian...